Syarat untuk mendapatkan keputusan
yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan
menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan
untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari.
Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca,
belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input.
Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Keshido telah mengambil masa 4 tahun untuk
membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif
yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kenshido akan membantu dan membimbing anak
anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan
A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk
berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah
lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan
mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan
A.
1. Program Score A adalah
satu program pendidikan yang menggunakan sistem
internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms.
Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal
pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia,
pelajar dan juga
ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah
yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem
pembelajaran output.
2. Sistem pembelajaran output bermaksud
sistem pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan
ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran
input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan
ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A
boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai
sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi
maklumat sebagai perantaraannya.
3. Segala keputusan akan disemak
secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar
agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab
soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan
pembelajaran input dengan konsep "e-notes"
yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang
tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar
yang berada di luar negara.
4. Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini
dengan pencapaian anak -anak secara mudah,
cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik
dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran
anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan
yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan
direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran
anak -anak.
5. Ibu bapa secara mudahnya dapat merujuk rekod
pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudahan
internet. Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap
ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya
kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi
cemerlang.
6. Ada sesetengah ibubapa yang
terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak
mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad
laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang
diterima dari pihak sekolah hanya di
pertengahan tahun dan akhir tahun, kadangkala sudah
terlewat bagi ibubapa untuk memperbetulkan keadaan. Program
Score A ini menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.
7. Program Score A telah diasaskan pada tahun
1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan
(R&D) selama 3
tahun. Score A memberikan fokus kepada pembelajaran
daripada tahun satu sehingga tingkatan
tiga kerana pendidikan secara online lebih menepati
konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem
peperiksaan utama di Malaysia terutamanya
UPSR dan PMR.
8. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran
online yang seiring dengan teknologi
dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi
kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer"
yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score
A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara -
negara maju sebelum ini.
9. Pada tahun 2002, Score A telah
menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah - sekolah
bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah
bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan
Score A. Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah
- sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek
ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya,
pihak score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas
soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk
digunakan di dalam sistemnya.
10. Program Score A juga mendapat
hak untuk mengumpul kertas- kertas
soalan UPSR dan PMR daripada tahun
1993 sehingga sekarang daripada Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem
ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada
2002 sehingga 2005, 93 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian
cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A
di dalam PMR iaitu 100% A.
11. Contoh yang terbaik ialah kejayaan seorang pelajar yang
bernama Kok Chin Chung. Pelajar ini adalah merupakan pelajar
yang sangat lemah dengan terbuktinya beliau gagal
beberapa kertas peperiksaan. Beliau juga menduduki kelompok
yang paling bawah ketika di tingkatan satu .Namun begitu,
kehadirannya adalah amat cemerlang
sekali. Ketika di tingkatan 2,
ibubapa beliau telah melanggani
program Score A dan beliau menunjukkan kemajuan yang amat
memberangsangkan. Semasa di tingkatan
3, beliau sudahpun menjadi
pelajar terbaik di dalam kelasnya dan berjaya memperolehi
keputusan yang baik didalam peperiksaannya. Hasil daripada
usahanya bersama Score A, beliau telah berjaya mendapat
8A di dalam peperiksaan PMR.
Kejayaan Kok Chin Chung adalah salah satu
bukti keberkesanan program Score A terhadap pelajar-pelajar
di Malaysia.
12. Score A telah dipasarkan sejak
pelancarannya pada tahun 2002
diperingkat permulaan tetapi secara kecil-kecilan kerana
pada masa yang sama Score A juga diperingkat ujian. Akhirnya
pada tahun 2006, Score A telah
dipasarkan secara meluas setelah
mendapat keputusan yang amat cemerlang di dalam tempoh ujikajinya.
Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya
oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB
Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. Pihak kerajaan
telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah
di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar
di Malaysia.
13. Pada bulan April 2006, Score
A telah memulakan konsep jaringan
pemasaran agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari
kewujudan produk pembelajaran yang begitu hebat kepada anak
- anak mereka. Di samping itu, Score A juga memberi ruang
ke arah peningkatan ekonomi
dengan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang
berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai program
pemasaran Score A sehingga berpeluang memperolehi pendapatan
sebanyak RM90 ribu dalam masa 3 bulan menyertainya. Sampaikanlah kebaikan dan kepentingan
Program Score A demi agama, bangsa dan negara!
14. Seterusnya... sila download dan cetak kertas kerja score A di sini.
Artikel hakcipta aridztech.com