Mengenai Kenshido..
Visi
kenshido:
Menyediakan kejayaan terunggul bagi pemimpin
hari ini dan
landasan yang kukuh untuk pemimpin hari esok.
Misi Kenshido:
• Menyediakan sokongan terbaik untuk
pengedar
• Memupuk dan membina kepemimpinan
• Mencapai aras tertinggi kepuasan pelanggan
Kenshido International menawarkan peluang
perniagaan secara jaringan kerja yang menguntungkan kepada
pengedar-pengedar yang berminat mempunyai perniagaan mereka
sendiri. Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam industri
jaringan kerja, pelan bonus yang lumayan adalah direkabentuk
khas untuk menjamin pulangan yang lumayan bagi masa yang anda
laburkan.
Kenshido berbangga dengan tawaran peluang perniagaan
yang berdaya maju dan fleksibel. Demikian juga dengan jaringan
ribuan pengedar yang aktif dan bebas. Sebenarnya, Kenshido
percaya bahawa kebanyakan pengedar tertarik kepada peluang
perniagaan yang ditawarkan oleh Kenshido International kerana
mereka boleh menyelaraskan perniagaan mereka mengikut waktu
dan matlamat pendapatan mereka. Pelan "Touch and Go"
adalah merupakan pelan pemasaran yang mempunyai tekanan
minimum atau tanpa tekanan.
Keadaan ini dapat disahkan dengan bertambahnya
bilangan pengedar yang memilih Kenshido International sebagai
rakaniaga mereka.
Sejarah Kenshido
Sebagai perintis dan pemimpin dalam
industri e-Pendidikan di Malaysia.
Kenshido International
dahulunya dikenali sebagai Edu-2U Portal Sdn Bhd.
Telah diperbadankan dalam tahun 1999
dengan visi membina warga yang berilmu.
Pengurusan Kenshido

Mr. Jason Kuok
Pada hari ini, dia telah dianggap sebagai
salah seorang daripada "networker"yang paling berjaya
dan merupakan di antara pemimpin-pemimpin terkemuka bagi beberapa
syarikat berasaskan "networking" yang terkenal dari
A.S. selama lebih daripada 20 tahun. Kepakarannya dalam bidang
pemasaran jaringan, bersama dengan pengelamannya telah terbukti
sebagai asset yang sangat berguna kepada Kenshido International.
Di Kenshido, Jason menyediakan halatuju perniagaan
dan mempelopori perkembangan Syarikat ini.
Sebagai juruaudit bertauliah, Jason telah
mendapat pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution
di Ipoh. Beliau telah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri
sebaik sahaja bergelar graduan, dan dalam tahun 1985 telah
berhenti untuk menyertai sebuah bank saudagar. Dalam tahun
1988, beliau meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri
sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkaikerja.

Puan Norlia Ahmad
Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan
Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan
dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama
lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya,
termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui
rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai
aset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.

Dato' Ghazali Bin Uda Omar
Dato' Ghazali merupakan seorang pendidik yang
berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan.
Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari
University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan
seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons)
dan pemegang "Diploma in Higher Education Admin"
dari University of London.
Penglibatannya di bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa
jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka,
Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang
dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz
di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia
Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi
Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.
Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat
luas, Dato' Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan
Syarikat ini.
Petikan dari laman web http://www.kenshido.com